Thursday, December 27, 2012

PENGALAMAN MENCARI BEKERJA






            Assalammualaikum ^^ ohoiiiii!!! Orang Kampung Semua!!! hehehe
Rindunya tidak terkata untuk menulis. Tuhan saja tahu betapa aku rindu untuk meluahkan segala isi hati ini dalam pondok buruk ini. Bersyukur kepada Allah hari ini aku dapat menulis entry baru berkat seorang sahabat aku yang bernama Hamizah kerana tumpangkan aku untuk guna WIFI :) Terima kasih…
Hmm..Nampak tak tajuk entry di atas?? PENGALAMAN MENCARI KERJA

Sewaktu zaman sekolah aku teringin sangat nak bekerja sebab apa? Sebab dapat cari duit sendiri dan hidup dalam kota metropolitan yang penuh kebebasan tanpa perlu membuka buku,membuat kerja sekolah yang cikgu beri, tak perlu mendengar bebelan cikgu,pengetua dan bla..bla..bla..hehe (mampus eden kalau cikgu baca entry ni -,-) Tapi sekarang lain pula jadinya. Lepas habis sahaja SPM , mak aku sudah suruh aku cari kerja tidak kisahlah kerja apa pun janji halal, ada waktu solat,pakaian yang tidak mendedahkan aurat dan dapat majikan yang baik. Soal gaji? Aku tak kisah sebenarnya berapa pun gajinya janganlah pula terlampau sedikit hehe… sedang-sedang pun dah kira okeyh! ^^, Ini adalah pengalaman pertama aku mencari kerja di merata-rata tempat,negeri,Negara seluruh pelusuk dunialah (ok! Aku bohong ja muhahahhaa). Aku mencari kerja di sekitar Kamunting dan Taiping (Perak). Perhhh!! Tau tak bertapa susahnya nak cari kerja rasa macam nak menangis ja :’(  (SEBAKNYA HATI NI)





Situasi 1: Dengan muka tak malu aku masuk ke kedai Hotlink dan nampaklah seorang abang hensem ni. Aku tanyalah “Assalammualaikum..erkk..erkk..” (tergagap-gagap :3) Abang tu jawablah salam aku “Waalaikummussalam,nak apa dik?”. “Erkk…ermm..kat sini ada kerja kosong tak abang?” :3 huhu…
Tiba-tiba dia tengok aku atas bawah ==’’ (agak-agaknya apa yang dia tengok ek ?huhu..) ok! Aku tahu penampilan aku waktu tu memang tak berkeyakinan langsung…aku pakai baju T-shirt labuh dipadankan dengan treat suit Cheetah dan tudung labuh -,- hakhakhak… Memang tak terurus baq hang! Ngeh~ngeh~
Nasib waktu tu aku tak pakai kasut jepun bapak aku punya ja wahahha…kalau tak entah apa yang dia tu pikir ciss!! Abang tu jawablah “ Sorrylah dik tak adalah cuba pergi kedai sebelah rasanya ada kowt”. Huarghh!! Sedih gilerr!! Mungkinkah dia tengok penampilan aku yang tak berapa berpenampilan ni terus dia tak nak? Ermm..Yealahh..manalah orang nak pekerja yang pakai tudung labuh,baju labuh..memang taklah..Ini Kenyataan! Zaman sekarang bila orang pakai tudung labuh dan baju labuh memang susah nak cari kerja dan mungkin tak akan di pandang langsung. Cuba kita tengok dekat pasaraya-pasaraya kat rumah kita tu ada tak nampak pekerja perempuan pakai seluar slack? Tak adakan..yang ada pakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan pinggul ==’’ . Hmm..tak apalah aku cuba fikir positif mungkin tak ada rezeki di situ. So, aku bersama seorang kawan aku, jalan dan jalan lagi sehinggalah aku tertarik dengan sebuah kedai ni..Teka kedai apa? :)  Yess! Kedai buku ^^ (bersinar-sinar mata aku bila masuk kedai tu ekekkeekek). Yupp! Aku seorang ulat buku boleh dikatakan cinta aku hanya pada buku hehe..sebab tu aku jadi pengawas pusat sumber waktu sekolah.

Situasi 2: Aku berjalan dengan penuh kesantunan dan kebudibahasaan (lingkup BM aku -..-) ternampak seorang kakak pula. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Aku bagi salam “Assalammualaikum kak (sambil senyum) boleh tanya kat sini ada kerja kosong tak?” “ Waalaikummussalam..ermm..” (entah apa yang di fikir)
“Tak ada yea kak?” Kawan aku pula tanya. “Eh! Ada ada kat sini memang nak cari orang..adik tulis nombor fone dengan alamat rumah dulu yea kat sini” Dia keluarkan buku. Pastu dia tanya “Adik dua ni tinggal kat mana?”
“ohhh!! Kami tinggal kat Sama Gaaaaagaa….” Aku tak sempat nak habiskan ayat kawan aku pun sampuk “Kat Selinsing!!” heheheh… dengan kelam kabutnya aku pun coverlah ayat yang aku nak lepaskan tadi.. “ahaha..Kat selinsing huhu..A’ah!Kami duk kat selinsing kak oii.. :3” . Nak tau tak sebab apa aku cover ayat tu dan kawan aku tiba-tiba sampuk? Sebab tempat tinggal aku tu jauh terpaksalah berbohong sebab kalau tak bohong kami tak kan dapat pekerjaan tu. Yealah, faktor jarak rumah pun memainkan peranan penting..right?  Terpaksalah jawab tempat tinggal kat selinsing bukan sama gagah sebab jarak dari kedai tu dekat sikit. Nasiblahh kakak tu percaya huhu.. Kakak tu pun  jawab “Hmm..nanti kalau ada ,akak call yea”. Kami pun ucapkan terima kasih dan berlalulah dari situ dengan perasaan lega. Dalam beberapa hari ada abang ni call aku kata aku dapat kerja kat kedai buku tu.. :) senyum tak terkatalah..tapi malang sungguh aku tak boleh kerja kat situ sebab dia Cuma nak seorang ja habis kawan aku tu macam mana..hmm..So, aku tolak pekerjaan tu dengan perasaan yang sedih…Syahdunya~~ hakhak.. Tak apalah tak ada rezeki lagi kat situ ^^ Semuanya ada hikmahnya mungkin Allah nak bagi pekerjaan yang lebih bagus.

Dan sehinggalah aku dapat pekerjaan di kedai makan yang bernama Cik Odahh :D (popular mak cik Odah lepas ni heheh) Nampak majikan dia pun okeyh peramah,mesra dan blablabla…Dan yang untungnya aku dapat sekali kerja dengan kawan aku tu . Dan…dann..dann..paling untung~~ dapat makan free wakakakaka.. (memang itu yang aku harapkan hoho) . Hope kerja itu bagus dan aku dapat buat yang terbaik insyaAllah..Doakan ana okeyhh :):) bye  wassalam… ><

MORALNYA KAT SINI:: HIDUP JANGAN MEMILIH KERJA:: CUKUPLAH KERJA ITU HALAL DAN MAJIKAN YANG BAIK:: GAJI BIARLAH SETARAF DENGAN KITA:: ^^