Saturday, March 19, 2016

Berita Tergempar!

Assalammualaikum...Berita tergempar pada hari ini!!!! muncul sudah seorang blogger yang tak berapa nak mashyur ini setelah berkurun tahun aku tak update. Allahhuakhbar! bersyukur kepada Allah sebab Allah masih memberi aku peluang untuk update blog ini. Aku suka menulis di blog sejak sekolah menengah lagi so sekarang dah berapa tahun aku tinggalkan dunia ni. Bila aku baca balik kisah yang ada kat dalam ni rasa nak tergelak guling2 pun ada..hahahaha..sangat kebudakan dan tak matang langsung.! Aku tergerak hati untuk menulis semula kerana ada seorang hamba Allah yang chat aku di facebook dan bertanya tentang blog ni sebab dia nak tahu tentang kos senibina landskap. Sebenarnya aku dah lama tinggalkan uitm dan kos tu atas faktor tertentu..hehehe...Apapun akak doakan adik2 dapat yang terbaik ea..Buat pilihan yang betul untuk sambung belajar nanti. Paling penting sekarang aku seorang anak Kandung Suluh Budiman. Hati aku sudah aku beri untuk UPSI sepenuhnya. Alhamdulillah sekarang aku dah sem yang ke4 dan nak masuk sem yang ke5. Aku seorang student Game Design and Development. Bagi aku, kos ni sangat menarik sebab kat sini kau akan belajar macam mana nak design sesuatu karakter, environment, programming, dan paling penting kau akan belajar macam mana nak buat sesuatu game sama ada dari bentuk 2D atau 3D. Selain itu, kau akan dapat kemahiran macam mana nak menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator, After Effect, Stencyl, 3D Max, Unity. Beruntung tau kalau pandai gunakan semua software tu..aku taklah pandai sangat tapi bolehlah sikit2.. In sha Allah..hehe.. Betullah, perancangan Allah itu lebih hebat dan Dia tahu apa yang terbaik buat hambanya. Aku diberi peluang kedua untuk sambung belajar di UPSI atas doa ibu ayah dan keluarga dan aku juga tak henti2 berdoa dulu selepas berhenti dari UITM. Sedih memang sedih tapi bersangka baik kepada Allah dan kuncinya hanya doa. AKu tak nak cerita panjang, aku tahu tak ada sape pun nak baca kisah aku ni ahahha.. tak penting pun..Just aku nak pesan, kalau kau rasa perancangan kau lebih hebat dari segala2nya, kau perlu tahu masih ada yang lebih hebat dan Dia Maha Hebat! Allah!