Tuesday, July 2, 2013

HISTERIA?????

assalammualaikum..jangan tanya kenapa baru sekarang aku muncul >< huhu..sebagai student dan ditambah pula dengan student PRA-U sememang anda juga tau pasti mereka-mereka ini busy yang teramat sekali dan itu termasuklah aku sekali..Biasalahkan dah jadi student PRA-U memang takkan mengadap apa lagi selain buku,buku,buku dan buku -.- .Aku takkan bazirkan masa setahun setengah ini dan impian aku mahu menjejakkan kaki dan meneruskan menuntut ilmu di IPTA , in sha allah. Maybe bukan sekarang Allah bagi apa yang aku nak tapi mungkin lain kali..betul tak? :)

Erm..terlalu banyak sangat benda sebenarnya aku nak cerita kat kowang semua tapi aku tak berdaya nak tulis semuanya. Semalam hari yang paling mengejutkan aku. Untuk pertama kalinya aku melihat histeria terjadi betul-betul depan mata aku dan bagaimana ia terjadi. nak tau ke ceritanya???? :3 kalau nak tau sila tutup lampu bilik anda dan duduklah sorang-sorang :P hihihihi~~~
camni ceritanyaa..waktu tu kelas bi dan kalau tengok dari suasana dalam kelas okeyh je tak ada apa-apa pun. Tetiba Alis (kawan aku) terkam kawan aku yang dok kat depan. Orang panggil dia ama (amalina) . Si alis ni peluk ama kuat-kuat sambil menangis. Ama ni sebenarnya dia tau apa yang berlaku sejak dari kelas bi tadi lagi dan dia ni ada kelebihan boleh nampak benda-benda halus. Pada waktu tu, aku yang tengah makan dalam kelas, (kantoilah suka mkn dalam kelas huahuahua :P ) dipanggil ama and aku pergilah kat tempat dia. Aku peliklah kenapa denga alis ni nangis-nangis. Ama suruh aku baca ayat kursi sebab bila dia baca automatik akan tersekat-sekat tak tau kenapa.  so, aku bacalah ayat kursi, al-fatihah dan 3kul sambil pegang usap-usap kepala dia dengan harapan semua ni akan jadi okeyh dan alhamdulillah histeria kawan aku ni dah berkurang sikit cuma dia nampak lemah sangat. Dan tetiba ama suruh aku tengok kawan aku yang duduk di depan kerusi meja aku. dan aku pergillah tengok. aku panggil dia "Najwa!najwa!" (sambil pegang tangan dia dan waktu tu dia tengah terbaring atas meja) Najwa ni senyum kat aku . so bila dia senyum aku dah rasa lain macam betul dia senyum ==' tetiba dia menangis keluar air mata n pastu terjerit-jerit. Memang satu kelas terkejut lar. Sungguhlah aku kata walaupun 10 orang yang cuba nak pegang dia tak berdaya lawan dia seorang sebab ada makhluk lain yang mengiringi dia. wallaualam~ kami panggil cikgu tapi cikgu pun tak boleh nak buat apa-apa. Tetiba Najwa ni lari keluar kelas n keluar pintu pagar pastu pengsan kat tengah-tengah jalan. Aku bersyukur Allah masih sayangkan dia sebab tak ada kenderaan lain di jalan besar tu waktu tu. kalau tak aku tak taulah :'( . Hurmmm... (sampai sini je aku bole cter seterusnya biarlah rahsia huhu..)

macam mana histeria ni bole berlaku???
salah satu sebabnya dia memendam perasaan dan mengakibatkan tekanan berlaku dalam diri dia dan seterusnya dia menjadi lemah lalu amat mudahlah makhluk itu memasuki dalam badannya.
Jadi,walaupun kita bukan seorang yang kuat semangat cubalah jugak untuk jadi seorang yang kuat semangat sebab benda ni bole berjangkit ke orang lain dalam kelompok yang banyak atau sedikit.Sentiasa ingat Allah bahawa Allah sahaja yang berkuasa.

Aku nak kongsi sikit cara-cara nak menghadapi orang histeria. Macam mana pun kita kena belajar perubatan ini sedikit sebanyak. Bayangkan anda ada dalam asrama dan lima orang dalam asrama tersebut terkena histeria. Pada masa yang sama bagaimana nak tenangkan mereka-mereka ini? nak tunggu usta mungkin agak lama dan sempatlah salah seorang dari mereka lari entah kemana..jadi sediakan payung sebelum hujan.

1- Mengasingkan pesakit dari orang lain, seperti meletakkannya di bilik rawatan yang kondusif.

2- Sambil memegang kepala pesakit, azan dengan kuat sebanyak 7 kali pada bahagian telinga kiri.

3- Bacakan Surah Al-Fatihah dan  Ayat Kursi.

4- Bacakan Surah Al-Mukminuun ayat 115 hingga 118.

5- Bacakan Surah Assoffaat ayat 1 hingga ayat 10.

6- Bacakan Surah Al-Jin ayat 1 hingga ayat 10.

7- Akhiri dengan membaca Tiga Qul.

kesimpulannya,percayalah bahawasanya hanya Allah yang berkuasa...