Sunday, February 24, 2013

aku mengimpikan sebuah kejayaan ya Allah.. :')

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum kalian semua?? tak jawab dosa jawab sayang hehe.. ^_^
Ermm..sebenarnya hati aku dalam kerisauan,kegelisahan dan perasaan ini tidak tenang. Bukan apa, aku memikirkan keputusan SPM yang akan keluar nanti. Ya Allah , aku risau sangat :'( dalam solatku aku tak pernah lupa memohon doa supaya Allah berikan kejayaan pada aku dan kawan-kawan seperjuanganku serta seluruh pelajar yang mengambil SPM tahun 2012.Sesungguhnya sekarang aku hanya mampu berdoa kepada Allah dan bertawakal. Kita tidak mampu berbuat apalagi di waktu sekarang ni. Nak jawab balik soalan-soalan spm? mustahil bukan? @ nak curi kertas jawapan yang kita jawab?? ini lagi kerja gila. -_- huhu..so..now, keajaiban je yang boleh bantu kita semua. Bagaimana nak dapat keajaiban itu? Hanya SATU! iaitu:

 DOA 

Ketahuilah doa itu adalah senjata orang mukmin


Rasulullah s.a.w bersabda

dalam hadits dari

shahabiyah Ummud Darda`radhiyallahu ‘anha :


“Doa seorang muslim

kepada saudaranya secara rahsia

dan tidak hadir di hadapannya

adalah sangat dikabulkan.

Di sisinya ada seorang malaikat

yang ditunjuk oleh Allah.

Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya

dengan kebaikan, malaikat tersebut

berkata (kepadanya):

“Ya Allah,

kabulkanlah, dan

(semoga) bagimu juga

(mendapatkan balasan) yang semisalnya.”

(HR. Muslim)




Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Mereka yang enggan berdoa kepada Allah,

adalah orang yang bongkak.

Firman Allah (mafhumnya):

"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah)

akan memperkenankan doa

permohonan kamu..."


(Surah al-Ghafir, ayat 60)



Jadi disini,doa amat penting kepada kita semua kerana doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik :)
Ya Allah sesungguhnya aku mengimpikan sebuah kejayaan itu.. :') Just sekarang kepada semua pelajar spm 2012 moga mendapat keputusan yang cemerlang :) Marilah kita berdoa, membuat solat hajad ramai-ramai untuk meminta kejayaan kepada Allah SWT. Berdoa dan Bertawakal kepada Allah..

psssfttt# Kepada kawan-kawan saya di sekolah atau kawan-kawan saya yang hanya berkenalan mereka di dalam laman muka buku :) moga mendapat keputusan yang cemerlang okeyh! ^_^
ehemm...nak mention sikitlah sapa kawan-kawan saya tu ea.. >< hehe
 Antaranya, Ashikin sudin,Ashikin Jaini, Juraida, Hamizah,Kama,Atikah,Aishah,Muaz,Izzat,Lokman,Fazirah,Ain,Syamira,Hafizah dan banyak lagi hehe.Sory kepada yang tidak disebut itu.. (ini kawan satu sekolah)

Kepada kawan dalam laman muka buku :
intan,ummi,ateyn,tasha,iqin aqil,safiqah,shahidan,muz,amsyar,sham ashraff (Yap xD haha),abdul hafiz,dayah,eira,iqbal adizero, ermm banyak sangat rasanya kalo nak menyebutkan?hahaha... (maafkan saya kalau ada yang tdk disebut kerana anda tetap dihati saya ecehhh! hakhak :P )

Dan orang yang terakhir saya nak mention :) yea! Dia...haha..

MR. Jacker :P saya tau dia nieh budak pandai :3 dapat result cemerlang jangan lupa belanja saya eh..hoho :P (nama betul di rahsiakan) ngeh3



Amalkan doa ni okeyh :)

Doa memohon kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

okeyh habis sudah... :) dah tak ada idea nak tulis apa.. :3 (bukan x da idea tapi pemalas sebenarnya huhu -_- )

wassalam..jumpa di lain waktu dan di lain hari xD

Friday, February 8, 2013

Apakah niat kita memakai tudung sebenarnya?

.....السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

ehem..ehem..(tekak tengah kering sebenarnya hehe..) ermm..jam menunjukkan tepat pukul 12 malam dan aku masih belum tidur. Tak tau kenapa malam ni rasa susah sangat nak tido. Btw, sebenarnya aku baru baik demam :') 2 hari je sebab kena hujan. Aku memang sensetif kena hujan kalau tak mulalah badan panas semacam. Walau macam manapun, aku bersyukur Allah bagi demam ni kat aku ^^ ini tandanya Allah masih sayang kan aku sebab Dia bagi ujian kepada aku supaya aku lebih kuat,gagah dan perkasa hakhakhak.. ( Perkasa lar sangat :P ) dan paling penting Allah ampunkan dosa-dosa kecilku..Penyakit adalah penghapus dosa kecil kita jadi janganlah mengeluh dan menyalahkan takdir okeyh.. :D

Baik! Entry aku harini tentang apakah niat kita sebenarnya bertudung??  soalan ni selalu bermain di minda aku. Aku masih ingat lagi aku mula memakai tudung sejak di sekolah rendah lagi waktu tahun 1..hehe (alahai cumelnya kui~kui~kui~) Aku pakai tudung waktu tu pun sebab mak yang suruh so, boleh dikatakan terpaksalah kn...Yealah budak-budak mana tau lagi apa kelebihan berhijab ni. Bila hari first je aku mula menjejakkan kaki di sekolah kebangsaan tanjung tokong (Penang) aku lihat ramai anak-anak yang sebaya dengan aku memakai uniform yang skirt tu pastu rambut diowang ikat tocang dua haha..Aku mulalah rasa pelik. Soalan yang bermain di minda aku ketika itu

"Erh~mak aku ni salah beli baju sekolah ke?"
"Kenapa aku sorang je yang lain dari lain?"

Aku memang tak faham waktu tu. Cuba anda semua bayangkan dalam berartus-ratus pelajar yang daftar masuk tahun satu aku hanya nampak aku sorang je yang berlainan. Berlainan cmna tu? maksud aku kat sini aku sorang je yang pakai tudung. Murid-murid lain semua free hair dengan uniform skirt tu. Apa lagi kerisauan mula teserlah di wajahku. Balik je dari sekolah aku terus tanya mak aku cmnie

"mak,boleh tak belikan ejah uniform yang macam kawan-kawan kat sekolah tu?"

"mak esok tak payah pakai tudunglah kawan-kawan ejah semua tak pakai" ==''

macam tulah bunyinya haha.. >,,<  waktu tu aku tak faham apa-apa lagi  yang tau cuma nak ikut orang. Kalau orang pakai kain plekat kat sekolah agaknya aku pun nak ikut kowt -_-

lepas tu mak aku jawab,

"Nak buat apa pakai skirt kat sekolah nak bagi orang nampak kaki mu yang lawa tu ke?"
"pakai tudung kan lagi comel" :)

Lepas mak aku jawab macam tu aku cuma diam je ikut je apa yang mak suruh..

Dan sampailah sekarang alhamdulillah aku masih kekal berhijab. Kalau dulu aku tak tau apa sebenarnya keistimewaan orang yang memakai tudung tapi sekarang aku dah tau semua tu :)
Barulah aku faham kenapa mak aku suruh sangat pakai tudung waktu sekolah rendah dulu.

Jawapannya cuma satu ! Kerana untuk menutup aurat kamu!

dan niat kita juga hanya satu....

"SAHAJA AKU MENUTUP AURAT KERANA ALLAH TAALA"
dan bukan kerana untuk bergaya atau nampak cantik dipandangan orang...
marilah kita menutup aurat kerana aurat itu amat mahal..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)


pernah tak dengar ayat nie..


“Jika permata yang tertutup dengan permata yang terbuka yang mana satu akan kau pilih?
Pasti yang tertutup bukan? Kerana belum diusik ,dikotori atau dicemari…”

Ayat ni telah membukakan hati aku untuk berubah kepada lebih baik..

Setiap wanita itu pasti mengimpikan seorang muslimin yang soleh bukan?  Supaya dia dapat membimbing kita kelak hidup bersamanya nanti.  Samalah seperti aku yang mengimpikan seorang muslimin sebagai pedamping hidup aku. Tetapi, layakkah aku?  Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Hidup aku penuh dilumuri dosa-dosa yang tak mungkin aku dapat menanggungnya walau diberi seribu atau sejuta tahun hidup di dunia ini. Masyaallah!
Dengan ini, aku mahu mengubah diri aku kearah yang lebih baik supaya aku dapat berdamping bersama lelaki yang soleh yang bergelar sebagai suamiku.. Aku mahu perbetulkan diri aku… Itu azam aku!!!